Jumaat, 24 September 2010

pekan kecil seribu rahsia...

Kau adalah lelaki hebat dari utara..
dia pula wanita jelita dari selatan..
takdir mempertemukan kalian disini
di pekan kecil ini
Pekan kecil dengan seribu rahsia..

dalam kenangan..uppersix2000 smkdzm
stesen keretapi slim.....

Salam buat pejuang bangsa

Salam buat pejuang bangsa
Aku ini generasi
Yang lahir dari jerih pengorbanan kalian
Maafkan aku..
Terkadang aku alpa  
 Mengenang jasa budi yang dicurahkan
Apatah lagi mengingat nama kalian satu persatu
Maafkan aku..acapkali aku memalingkan wajahku
pada ketika namaku kau panggil..
bukan mengendah..aku cuma belum bersedia..
menerima watikah keramat..sumpah pejuang bangsa
maafkan aku wahai pejuang bangsa..




















Selasa, 14 September 2010

Pertemuan (I)

Ruang yang terbuka luas ...
segala masa yang kau miliki
telahkah kau tekadkan hasratmu
luas langit raya menjangkau
telah lama aku menanti
kehadiran kalian disini
bertemu  dalam utusan takdir...
biarpun sesingkat ini...
bagiku...begitu beerti...

upm serdang...
5 jun 2010..btn