Selasa, 20 Disember 2011

aku ingin begini

aku ingin begini
mungkin selamanya dalam keadaan begini
tidak perlu aku di tunjuk arah kiri kanan
yang kurasakan penyudahnya aku jua yang tersandung
aku ingin begini lagi
biarlah aku menjadi insan kecil
dalam dunia yang penuh kepalsuan
bukan aku untuk menyembah manusia
menjual maruah demi secebis pujian
manusia pendusta penyembelih bangsa
andai aku di hukum kerana tidak setuju
anggaplah itu perjuangan insan kerdil seperti aku