Selasa, 20 Disember 2011

aku ingin begini

aku ingin begini
mungkin selamanya dalam keadaan begini
tidak perlu aku di tunjuk arah kiri kanan
yang kurasakan penyudahnya aku jua yang tersandung
aku ingin begini lagi
biarlah aku menjadi insan kecil
dalam dunia yang penuh kepalsuan
bukan aku untuk menyembah manusia
menjual maruah demi secebis pujian
manusia pendusta penyembelih bangsa
andai aku di hukum kerana tidak setuju
anggaplah itu perjuangan insan kerdil seperti aku

Sabtu, 12 November 2011

aku dalam aku

aku melihat aku berlari melintasi aku
aku berpaling kepadaku
mengapa tergesa gesa begitu
mungkin dihambat atau menghambat
aku mengorak langkah
aku mengejar aku...

Khamis, 27 Oktober 2011

Jumaat, 21 Oktober 2011

di rahang sumpah...

saat  kau melangkah
jangan lagi kau berpaling
tiada apa lagi buatmu disini
sumpah dan seranah mengiringi setiap langkahmu
ketiadaanmu adalah kemenangan bagi hamba seperti kami
sekian lama kami hidup dengan perasaan benci
dendam yang menebal...
manusia angkuh tiada tempat dalam kehidupan madani
peri perbuatan tidak layak untuk diingati....
parut yang berbekas tidak akan hilang walau luka sudah lama kering
kau adalah sejarah hitam yang mahu aku lupakan...
cukuplah kami menangis dan merintis untuk kali ini
pergilah kau selamanya

Ahad, 25 September 2011

Negeri Dendam

dalam negeri dendam
ada daerah benci
berpanjangan banjaran dusta
diatur gunung gunung amarah
mengalir sungai hipokrasi
kedalam lautan hitam....

Sabtu, 20 Ogos 2011

Cerita derita suatu bangsa

aku hanya membaca dari buku
cerita yang disampaikan dari mereka yang terdahulu
tentang sebuah negara yang telah hilang
tentang kota yang tenggelam
lantas...apa yang dikatakan oleh sejarah itu benar
sipolan itu terus mengikan kata kata mereka
alkisah sebuah hikayat
derita sebuah ketamadunan
kata mereka...
megara ini hanya sebuah papan catur
raja tidak mempunyai apa apa
hanya mengendong nama untuk di puji hamba rakyat
sedang permaisuri yang tidak tahu asal usul
mengemudi segala pelosok dan ceruk
ada yang membawa perkhabaran
raja telah termakan guna guna
ketika baginda di jamu bubur manis
ahh....itukan cerita mulut ke mulut
siapa yang akan peduli
kerana setiap titah permaisuri adalah perintah
maka tertunduklah panglima hitam
di atas tunggangan kuda tempang
menyeringai gigi rongak mereka
hari ini kalian mesti membawa pulang kekayaan
seraya...kuda tempang mengeluarkan bunyi hiruk pikuk
bidak bidak  pencacai memainkan gendang perang
hamba rakyat terus ketakutan..
dimomokkan mimpi ngeri sepanjang zaman

Isnin, 18 Julai 2011

hujung jalan sempit

tiada lagi kesudahan perjalanan ini
semua menuju jalan sempit
dari awal tadi ku katakan
harus kita berpatah balik
kembali ke permulaan
tidak salah untuk bermula sekali lagi
tidak ada rugi buat kita
lantas....
kenapa perlu menccebik muka
marah kepada siapa
kau takut untuk mengaku akan kesilapan
ah..manusia itu takkan lari dari kesilapan
dan manusia yang hebat itu akan mengaku kesilapanku..
lupakan jalan sempit ini
jadilah manusia hebat..

Rabu, 6 Julai 2011

kembali kan kepada yang hak

dia berdiri di satu sudut gelap
di tenggelami dek lautan manusia
memerhati hari yang belum pasti
untuk apa semua ini
dan pandir itu terus menjerit
...hei pulanglah kalian..tinggalkanklah dia
...perlu apa kalian menjadi penguikut
...pernahkah dia memahami gelojak jiwa kalian
hati aku sengsara
sore ini adalah lewat lewat luka
biarpun tidak pedih
tetap bisa yang menghiris
bagaimana yang dikatakan salah
jika dia meminta secebis bahagian
yang menjadi haknya selama ini
sedangkan kau berhujah tentang adil dan saksama
omong kosong.....

Khamis, 12 Mei 2011

Ruang kosong

Melontar pandangan ke ruang luas
dewan kosong ini...
mata hanya memandang
gundah bersanding gulana
Penantian seolah olah tidak berakhir..
sepi terus mengcengkam
kerna ku pasti masa akan tiba
dan mereka jua sama sepertiku'
menanti dalam resah...
tunduk terpaku..
Wahai insan..
lontarlah senyuman pahitmu
dan terus menipu diri
uraikanlah gelak tawamu
menelan kemelut dan gelodak jiwa..
apa lagi...
apa lagi...
apa lagi..
apa lagi yang ada untukku disini
dalam ruang kosong ini
mungkin hanya sekuntum senyuman pahit..


kk kota samarahan..
12.04.2011