Isnin, 13 Februari 2012

gemersik

dia kutemu lewat luka luka
dalam hati yang didorong sepi
longlai meredah bulan retak
menepis kelam debu berkaca..
perlu apa diturutkan gundah
umpama hujan menitis
mengakhiri kemarau sepurnama..
penantian bukanlah satu penyiksaan
kerana cinta itu..
pasti menyatukan
bagi mereka yang meyakini

Rabu, 1 Februari 2012

sejambak kenangan

semalam pergi bersama air sungai yang mengalir
aku tidak disitu lagi untuk mengingati...
maaf kerana aku jauh di perantauan
hidup merentas masa di dalam kenangan
titipkan salam ku pada gunung gunung
dan hijau rimba kita dahulu
masihkah kau berada disana
di padang luas permainan kita
saat kau berlari tanpa sepatu dan baju
mengejar layang layang terputus tali
rindu mendengar nyanyian unggas
pabila kaki menyusur denai di lembah indah
kita ini merakam masa
menyelak helaian nostalgik
pada sejambak kenangan...
airmata ku menitis pada saat aku mengukir senyum