Khamis, 27 Oktober 2011

Jumaat, 21 Oktober 2011

di rahang sumpah...

saat  kau melangkah
jangan lagi kau berpaling
tiada apa lagi buatmu disini
sumpah dan seranah mengiringi setiap langkahmu
ketiadaanmu adalah kemenangan bagi hamba seperti kami
sekian lama kami hidup dengan perasaan benci
dendam yang menebal...
manusia angkuh tiada tempat dalam kehidupan madani
peri perbuatan tidak layak untuk diingati....
parut yang berbekas tidak akan hilang walau luka sudah lama kering
kau adalah sejarah hitam yang mahu aku lupakan...
cukuplah kami menangis dan merintis untuk kali ini
pergilah kau selamanya